8 HARI 6 MALAM JORDAN & PALESTINA

Amman, Petra, Laut Mati,Karak, Muítah, Jericho,Bethlehm, Hebron, Jerusalem & Al-Aqsa

RM 6,800.00 / pax

HARI 01: KLIA-AMMAN

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Amman pada jam 7.10 malam ( 3 jam sebelum berlepas).

HARI 02: AMMAN/JERICHO/JERUSALEM

Ketibaan di Lapangan Terbang Queen Alia di Amman, anda akan disambut oleh wakil kami, sarapan pagi & meneruskan perjalanan ke Jerusalem melalui Jericho. Menziarahi makam Nabi Musa as di Jericho dan Masjid Al-Aqsa ( termasuk menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhraí- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw) & masjid Al-Aqsa), hotel, makan malam dan rehat

HARI 03: JERUSALEM/HEBRON/BETHLEHEM/JERUSALEM

Selepas sarapan pagi ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) & sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, hotel, makan malam dan rehat.

HARI 04: JERUSALEM/LAUT MATI/ PETRA

Selepas sarapan pagi menziarahi masjid lama Al-Aqsa, melihat tempat di mana Nabi Saw menambatkan Buraqnya dalam peristiwa Mikraj, kemudian ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi saw Salman Al-farisi dan wali Allah Rabiíatul Adawiyyah dan gunung Sahioun bagi melawat Synagogue yang terdapat di dalamnya apa yang dipercayai sebagai Makam Nabi Daud as, Masjid Umar, Church of Nativity (gereja tertua di dunia yang dipercayai menjadi tempat Nabi Isa as disalib), kembali ke Jordan melalui Laut Mati dan meneruskan perjalanan ke Petra. Sampai Petra, hotel, makan malam dan rehat.

HARI 05: PETRA/KARAK/MUíTAH/AMMAN

Selepas sarapan pagi, lawatan ke kota Petra berusia ribuan tahun, tinggalan Arab Nabatean, lawatan melalui gaung (the Sig), sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) The Jinn Block, The Amphitheatre, Colonnaded Street dll. Bertolak ke Karak bagi melawat Karak Castle atau Salahuddin Al-Ayubi Castle dan ke Muítah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Muítah, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam peperangan Muítah: Zaid bin Harithah ra, Abdullah bin Rawahah ra dan Jaafar bin Abi Talib ra. Kembali ke Amman, mendaftar masuk hotel dan masa bebas.

HARI 06: AMMAN/JERASH/AJLUN/AMMAN

Selepas sarapan bertolak ke kota Jerash merupakan kota Rom terbesar di luar Italy dan ke Ajlun bagi melawat Ajlun Castle , nikmatilah pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Petang hari kembali ke Amman, masa bebas membeli belah.

HARI 07: AMMAN/LEMBAH JORDAN/ KLIA

Selepas sarapan pagi lawatan di sekitar kota Amman termasuk ke Amman Citadel, Masjid Al-Hussaini, Amman Down Town, ke lembah Jordan bagi menziarahi beberapa makam para sahabat yang gugur syahid dalam peristiwa wabak dan menziarahim gua Ashabul Kahfi , bertolak ke lapangan terbang untuk ke KLIA.

HARI 08 : KLIA

Di jangka tiba di KLIA pada jam 6.35 petang.

 
BUTIR- BUTIR PENERBANGAN:

  • Royal Jordanian

 
HARGA TERMASUK:

  • TIKET PENERBANGAN PERGI/BALIK ROYAL JORDANIAN
  • SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
  • 05 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 3* DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
  • MAKAN MALAM & MAKAN TENGAHARI SEPERTI DALAM A/CARA
  • BAYARAN MASUK KE TEMPAT-TEMPAT LAWATAN DI JORDAN SAHAJA
  • BAYARAN MENUNGGANG KUDA DI PETRA
  • PEMANDU PELANCONG PROFESSIONAL BERBAHASA INGGERIS
  • VISA BERKUMPULAN JORDAN/JERUSALEM
  • CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN JORDAN & CUKAI PELEPASAN DI SEMPADAN ISRAIL [USD 48 SEORANG)
  • INSURAN PERJALANAN

 
HARGA TIDAK TERMASUK:

  • PERBELANJAAN PERSENDIRIAN & TIP PENGANGKAT BARANG/BEG
  • SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.
  • TIP PEMANDU KENDERAAN DAN PEMANDU PELANCONG
  • AIR MINERAL SEWAKTU MAKAN

 

Sorotan

Untuk Wakil & Agen
more..


Video

feaured-image